Pasangan Lesbian : Sebatan Berbentuk Pengajaran Dan Bukan Mencederakan

Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, Isnin adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Dua wanita itu dihukum sebat enam kali pada Isnin kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, pukul 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaan hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.

Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaan hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudiannya tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahkan identiti mereka seperti dalam rekod.

Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakangi mereka yang berada di galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanakan hukuman berdiri di sebelah kiri.

Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang. – Bernama

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

1 min ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago