Budak 3 Tahun Didera Bapa, Makan Najis Sendiri Kerana Terlalu Lapar

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun ditemui terikat dalam keadaan berbogel dan kelaparan di sebuah balkoni apartment di daerah Hsinchu, Taiwan.

Ia adalah satu kes penderaan kanak-kanak serius yang mengejutkan berlaku di pulau itu.

Menurut media tempatan, budak lelaki itu ditemui oleh ibunya pada petang Sabtu, dalam keadaan kurus dan kecederaan di lengan akibat diikat dengan kabel selain seluruh tubuhnya lebam-lebam. Mata kirinya juga luka.

Ketika ibunya memotong tali kabel untuk melepaskannya, mangsa yang sangat lapar itu telah mengambil najisnya sendiri di lantai dan memakannya, lapor laman berita Taiwan ETtoday.net.

Dia dibawa ke hospital untuk rawatan segera dan kini berada di bawah jagaan ibunya.

Selepas berpisah, budak lelaki tersebut dan adiknya yang berumur empat tahun tinggal bersama bapa mereka, menurut akhbar China Times.

Seorang lagi anak perempuan mereka yang berusia sembilan tahun tinggal bersama ibunya, yang hanya dibenarkan berjumpa dua anak lelakinya sekali-sekala.

Pada hari itu, dia memutuskan untuk melawat kedua-dua anak lelakinya itu kerana bimbang tentang kehidupan dan keadaan tempat tinggal mereka.

Menurut Liberty Times, bapa kanak-kanak itu mendakwa dia mahu mendisiplinkan anaknya yang kencing di atas katilnya baru-baru ini.

Dia mengaku menggunakan tangan dan seliparnya untuk memukul bahagian bawah dan paha budak lelaki itu.

Polis memberitahu China Times bahawa kecederaan pada badan budak lelaki mungkin disebabkan oleh objek yang tumpul.

Luka di matanya mungkin disebabkan oleh kesan kepalanya dihentak ke dinding, kata mereka, sambil menambah siasatan lanjut mengenai kes penderaan kanak-kanak itu sedang dijalankan. -The Straits Times/Asia News Network/TheStar

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago