” Ini Cara Yang Betul Ok Mak Mak Sekalian” – Hanis Zalikha Dipuji Netizen

Bimbang anaknya mengganggu tumpuan penonton di pawagam, pelakon Hanis Zalikha mempunyai cara tersendiri menguruskan Yusuf Iskandar.

Tindakan pelakon berusia 27 tahun itu menerima pujian netizen kerana dianggap menghormati orang sekeliling daripada terganggu dengan kerenah dan ragam kanak-kanak tersebut.

Menerusi perkongsian di Instastory, isteri kepada aktor Hairul Azreen ini berkongsi foto memperlihatkan Yusuf sedang bermain-main di sebuah kedai permainan kanak-kanak.

 

Menurut Haniz, dia membawa anaknya keluar daripada pawagam kerana tidak mahu menganggu konsentrasi penonton lain.

Pengguna laman Twitter memuji tindakan Hanis.

“Baru separuh filem, Yusuf sudah mula bising. Saya bawa dia keluar kerana tak mahu ganggu penonton lain.

“Jadi di sinilah kami melepak,” tulisnya.

Foto tersebut di muat naik semula oleh peminat di laman Twitter dan menerima pujian netizen yang turut bersetuju dengan tindakan Hanis itu.

Hanis kerap berkongsi ilmu pengurusan anak di laman sosial miliknya.

“Ini cara yang betul ya mak-mak sekalian,” tulis Mvralvyana.

“Tindakan yang bagus, Hanis Zalikha sangat bertimbang rasa,” komen Rzny.

“Contohilah cara Hanis ni, yang tak nak ikut tu eloklah masukkan balik anak dalam perut tu,” kata Wallflower pula.

 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Faisal Halim dilaporkan mengalami kelecuran tahap 4 serta pergerakan dan percakap terbatas ekoran daripada insiden…

2 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

60 mins ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

1 hour ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago