‘Penghuni’ KLIA2 Warga Syria Ditahan Polis

Lelaki warga Syria, Hassan al Kontar, yang berada di kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lalu ditahan polis, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya akan menunggu siasatan polis selesai, sebelum diambil alih oleh Jabatan Imigresen.

“Kita akan terus laksanakan kerjasama dengan kedutaan Syria untuk mengeluarkan dia dari negara kita.

“Dia tidak mahu balik ke Syria, katanya kerana tidak mahu jadi tentera atau apa juga alasannya. Bagaimanapun, kita kena ada penutup (penyelesaian) kerana dia memalukan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Narrowcasting Media dan Visa Pas Versi Baharu di Putrajaya, hari ini.

Mustafar berkata, Hassan masuk ke Malaysia pada Mac lalu dan selepas pasnya tamat tempoh, dia masuk ke Kemboja.

“Di sana, dia tidak dibenarkan masuk kerana sebab tertentu dan dia balik ke Malaysia. Dia usahakan pelbagai cara dan keluarkan kenyataan yang memalukan negara kita di media sosial.

“Ketetapan kita ambil kerana dia berada di kawasan larangan apabila pas pelepasan dan ketetapan visa pun sudah tidak ada, maka tindakan diambil,” katanya.

Hassan, 36, mendakwa tinggal di klia2 sejak 7 Mac lalu kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria.

Sebelum ini, Hassan menghantar blog video mengenai kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media antarabangsa.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

8 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

9 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

9 hours ago