Lion Air JT 160 : Mangsa Terikat Pada Kerusi Pesawat

Setakat jam 2 pagi Selasa waktu tempatan, sebanyak 24 beg berisi jenazah penumpang pesawat Lion Air JT 610 telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Kesemua mangsa daripada pesawat yang terhempas di perairan Tanjung Karawang itu dihantar ke Hospital Polis Republik Indonesia di Tanjung Priok.

Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), pihaknya percaya kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat.

Pihaknya setakat ini mengesahkan telah menemui serpihan ekor pesawat malang itu.

Operasi pencarian berlangsung tanpa henti dan turut dibantu penggunaan sonar.

Antara yang menaiki pesawat berkenaan adalah empat orang hakim serta pegawai Kementerian Kewangan.

Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.

Pesawat dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat  S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

28 mins ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

40 mins ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

1 hour ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

2 hours ago