5 Taktik Penipuan Paling ‘Top’ Di Luar Negara Semasa Melancong

Walaupun kita sudah mengambil langkah berhati-hati semasa bercuti di luar negara, namun kita tetap terkena dengan penipuan yang licik oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Berikutan itu, kami dedahkan lima taktik penipuan yang sering berlaku di luar negara dan mungkin anda akan lebih peka dengan keadaan sekeliling selepas ini.

1. Penipuan tukaran wang

Gambar sekadar hiasan

Selalunya, penipuan semasa anda menukar matawang boleh berlaku jika anda tidak mengira wang yang diterima atau lebih teruk, anda mungkin diberi wang palsu oleh pengurup wang yang tidak bertauliah.

2. Tolak dan ragut

Gambar sekadar hiasan

Taktik ini paling kerap berlaku di luar negara terutama jika anda berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai seperti menaiki pengangkutan awam. Ketika itulah penyeluk saku atau peragut akan menolak anda dan mencuri dompet dari dalam beg.

3. Didekati OKU

Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya, tak semua Orang Kurang Upaya (OKU) yang meminta derma benar-benar cacat. Hal ini kerana ada penipu yang menyamar menjadi OKU dan meminta derma daripada anda atau memaksa anda memberi wang kepada mereka.

4. Menyamar jadi polis

Gambar sekadar hiasan

Jangan mudah terpedaya dengan si pencuri yang menyamar jadi polis! Jangan panik jika anda tiba-tiba ditahan dan diarahkan menunjukkan dokumen pengenalan atau memeriksa barangan kerana kemungkinan besar mereka akan meletakkan barang larangan seperti dadah dalam barangan anda dan kemudian mendakwa anda telah melanggar peraturan serta terpaksa membayar denda jika mahu dilepaskan.

5. Teksi tak guna meter

Gambar sekadar hiasan

Taktik penipuan ini sangat popular di seluruh dunia termasuklah negara kita. Jadi, anda harus berwaspada dengan meter teksi semasa melancong di luar negara untuk memastikan anda tidak ditipu.

Biasanya pemandu teksi akan memberitahu bahawa meter rosak dan terus mengenakan harga tetap yang tinggi kepada anda.

Selain itu, ada juga pemandu yang akan menggunakan jalan jauh semata-mata untuk mengenakan caj mahal walaupun menggunakan meter. Pertahankan hak anda sebagai penumpang jika berlaku insiden seperti ini.

Sumber: Cari

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

19 hours ago