Berakhirlah sudah pembentangan Belanjawan 2019 oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guang Eng yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia kelmarin. Banyak perkara yang diumumkan oleh pihak kerajaan dalam belanjawan tahun hadapan.
Belanjawan 2019 akan memperuntukkan RM314.5 bilion, peningkatan berbanding peruntukan bajet 2018 iaitu sebanyak RM260.8 billion. Di sini kami memilih isu yang menjadi perbincangan hangat oleh netizen dalam pembentangan Belanjawan 2019. Untuk Teks ucapan penuh untuk Belanjawan 2019 boleh dibaca di sini.
Berita baik buat warga kota yang menggunakan pengangkutan awam. Mulai 1 Januari 2019 kerajaan bakal memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL.
Demi membantu pelajar meyelesaikan hutang pinjaman PTPTN, kerajaan bakal melakukan pemotongan gaji dengan kadar yang amat rendah. Tidak perlu membayar PTPTN sebelum anda bergaji RM4,000 kini termansuh.
Ini merupakan berita kurang gembira kepada yang suka pergi melancong. Levi sebanyak RM20 dikenakan untuk penerbangan negara ASEAN dan RM40 untuk penerbangan destinasi luar ASEAN. Namun levi seperti ini sudah diperkenalkan di luar negara antaranya Jepun.
Ini berita kurang gembira kepada anda yang melanggan laman penstriman di Internet. Kerajaan bakal memperkenalkan cukai kepada laman penstriman popular seperti Spotify, Netflix dan banyak lagi. Cukai ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.
Mulai tahun hadapan juga kerajaan umumkan tiada kenaikan tol di semua lebuh raya Malaysia yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta. Selain itu,kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Januari 2019.
Sebanyak RM10 juta kerajaan Malaysia akan disalurkan 10 juta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital. Sejajar harapan Menteri Belia Dan Sukan mahu menjadikan Malaysia sebagai Hub esport di rantau ASEAN.
Untuk pekerja penjawat awam pula kerajaan bakal menberi bantuan RM500kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah dan RM250 untuk pesara sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kerajaan berjanji akan menyalurkan bayaran khas itu sebelum hujung tahun ini.
Untuk belanjawan kali ini, Pendidikan menerima peruntukan terbesar. Peningkatkan itu selaras dasar kerajaan menghasilkan suasana pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat. Daripada jumlah itu RM652 juta disediakan bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah agama dan pusat tahfiz.
Adakah anda ada sebarang komen tentang pembentangan belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan kita kelmarin? Boleh berkongsi pandangan anda di ruangan komen ini.
Kredit : The Vocket
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…