“Sebahagian Besar Masyarakat Gembira Dengan Kadar Gaji Minimum Sebanyak  RM1,100”

Keputusan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum berkuat kuasa tahun depan tidak bercanggah dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2012, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Beliau berkata keputusan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,100 bermula 1 Jan tahun depan, bukan RM1,050, tidak menyalahi akta itu kerana Jemaah Menteri mempunyai kuasa untuk menilai semula  keputusannya.

Menurutnya, kerajaan telah berbincang dengan semua pihak dan pemegang taruh tentang cadangan kadar gaji minimum itu sebelum membuat keputusan tersebut.

“Saya sukacita kerana sebahagian besar masyarakat gembira dengan kadar gaji minimum sebanyak  RM1,100. Kami juga perlu memastikan bahawa untuk menjadi ekonomi yang lebih maju dan cekap, pembayaran kadar gaji yang bagus adalah kriteria yang perlu diambil kira.

“Kadar RM1,050 itu diwartakan pada masa dulu, tapi mengikut undang-undang, Kabinet boleh menilainya semula dan membuat keputusan berbeza, manakala kesatuan sekerja juga menyatakan jumlah itu adil dan munasabah,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso), Ahad.

Kula Segaran berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan bahawa pihaknya tidak gembira dengan cadangan gaji minimum yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019, Jumaat lalu.

Pada 5 September lepas, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar gaji minimum seragam RM1,050 akan dilaksanakan di seluruh negara mulai Januari 2019.- Bernama

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago