Genting Saman Walt Disney & Fox RM4 Billion

Genting Malaysia Berhad telah mengemukakan saman terhadap Twenty-First Century Fox Inc dan Walt Disney kerana perlanggaran kontrak pembinaan taman tema dengan jenama Fox. Fox dan Disney telah dikenakan saman bernilai lebih USD1 bilion (±RM4.19 bilion).

Ini disebabkan oleh kerana ‘penyesalan penjual’ memaksa Fox melanggar kontrak yang dipersetujui pada 2013 dengan bantuan Disney. Perjanjian tersebut memberikan lesen kepada Fox World untuk membina kompleks tambahan pada Resort World Genting.

Gambar: Vulcan Post

Menurut perjanjian pada tahun 2013, 20th Century Fox World di Genting akan menjadi taman tema rasmi pertama studio berkenaan. Taman tema ini bakal menampilkan replika dunia daripada filem-filem di bawah Fox antaranya Ice Age, Rio dan Planet Of The Apes.

Fox mula merancang penangguhan untuk beberapa tahun yang menyebabkan kontrak tersebut terpaksa dirunding semula. Difahamkan juga, Disney membuat keputusan untuk menamatkan kontrak tersebut kerana mereka tidah mahu kerjasama dengan syarikat perjudian dan ia tidak menepati konsep ‘mesra keluarga’ jenama tersebut.

Saman difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles apabila Disney sedang bersedia memeterai pembelian aset Fox bernilai lebih USD71 billion (±RM297 billion) yang dijadualkan selesai menjelang suku tahun pertama 2019. Pihak Disney dan Fox setakat ini enggan mengulas apa-apa mengenai isu ini.

Sumber: The Vocket

 

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 hour ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

6 hours ago