Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Tangguh Proses Ambil Alih Tapak Kuil

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak dengan kos permohonan tiga penganut Hindu Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menangguhkan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan dan writ milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu, lapor Bernama.

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar permohonan plaintif, S Thangaraju, 37; M Mohanakrishnan, 59; dan S Nagarajah, 52. Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, kerajaan Selangor dan M Nagaraju sebagai defendan.

Peguam Claudia Cheah yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan, antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.

Ketiga-tiga plaintif itu telah memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018.

Permohonan itu dibuat berikutan plaintif memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 Nov lepas bagi menuntut, antaranya, perintah injunksi bahawa defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.

Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa penghakiman persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan dan kawasan suasana di sekitar tapak kuil berkenaan masih aman, seperti semalam.

Sumber: Awani

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago