[VIDEO] Wanita Dibelasah dan Disamun Dalam Lif

WANITA cedera selepas dibelasah lelaki yang menyamunnya di dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian itu berlaku jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun berada di dalam lif berkenaan bersama suspek.

“Akibat kejadian itu, mangsa bengkak di dahi akibat dibelasah suspek.
“Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai berjumlah RM400,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rusdi berkata, pihaknya sudah merakam percakapan tiga saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan,” katanya.

Insiden samun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang tular selepas dimuat naik di media sosial sejak malam tadi.

Dalam rakaman video berdurasi 57 saat itu menunjukkan suspek mengekori mangsa yang bersendirian masuk ke dalam lif berkenaan.

Suspek menumbuk mangsa beberapa kali sebelum menarik rambut dan menendang wanita berkenaan.

Ketika lif terbabit berhenti seketika di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya masih memegang rambut wanita terbabit.

Suspek kemudian segera menekan butang untuk menutup pintu lif berkenaan sebelum membelasah mangsa semula.

Lelaki itu menarik beg tangan mangsa dan mengambil dompet wanita itu sebelum melarikan diri.

SUMBER : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

15 mins ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

27 mins ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

49 mins ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

1 hour ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

2 hours ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

2 hours ago