Beberapa Buah Negeri Alami Cuaca Panas Sehingga Mac

Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

“Lazimnya, ketika fasa akhir monsun timur laut ini, memang akan berlaku kenaikan suhu berikutan kekurangan hujan yang mana suhu yang dicatatkan sekarang adalah 34 hingga 36 darjah Celsius berbanding suhu biasa 32 hingga 34 darjah Celsius.

“Negeri di bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatatkan suhu sehingga 37 darjah Celsius. Bagaimanapun, ia tidak berlaku setiap hari dan setakat ini kita tidak nampak (jangka) ia (suhu) akan sampai hingga 40 darjah Celsius di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun fenomena cuaca panas itu tidak berlaku di negeri-negeri pantai timur dan Sarawak.

Mohd Hisham berkata, taburan hujan yang dicatatkan di kebanyakan negeri berkenaan pada bulan ini adalah rendah berbanding bulan lain.

“Bulan Februari ini memang taburan hujan yang dicatatkan sangat rendah terutama di negeri utara yang mana ada tempat yang langsung tidak menerima hujan. Kebanyakan negeri di utara mencatatkan hujan di bawah 50 milimeter (mm) dengan bilangan hari hujan yang dicatatkan hanyalah lima hari sebulan.

“Stesen Meteorologi Chuping sudah 27 hari tidak merekodkan hujan. Biasanya hujan yang dicatatkan adalah purata 15 hari sebulan. Di Lembah Klang pula purata hujan yang dicatatkan bulan ini adalah 150mm berbanding 300mm pada bulan lain,” katanya.

Mohd Hisham berkata, suhu tinggi berlaku sekitar jam 2 hingga 4 petang di Pantai Barat Semenanjung manakala di Sabah adalah sekitar jam 1 tengah hari hingga 3 petang.

“Bagaimanapun, cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan peralihan monsun iaitu sekitar hujung Mac hingga Mei kerana ketika peralihan monsun, kadar hujan dijangka meningkat dan suhu dijangka beransur menurun,” katanya.

Ditanya sama ada cuaca panas terjadi berikutan fenomena El Nino, Mohd Hisham berkata, fenomena itu tidak memberi impak yang signifikan kepada cuaca negara ketika ini.

“Sekarang ini adalah proses pembentukan El Nino. Bagaimanapun, El Nino yang dijangka berlaku adalah agak lemah dan kebarangkalian terjadi adalah 65 peratus. Impaknya kepada negara tidak signifikan kecuali di Sabah kerana negeri itu terletak berhampiran dengan Lautan Pasifik yang mana El Nino berlaku berikutan pemanasan suhu di Lautan Pasifik,” katanya. – BERNAMA

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

34 mins ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

2 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

2 hours ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

21 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

21 hours ago