Suami Bunuh Isteri Yang Sedang Hamil Hanya Kerana Capati

Seorang wanita hamil empat bulan di Jahangirpuri, New Delhi, India mati dibunuh suaminya yang berang dek  kerana mangsa tidak membuat roti capati yang berbentuk bulat.

Mangsa yang dikenali sebagai Simran, 22 berselisih faham dengan suaminya pada sabtu lalu kemudian di tendang oleh suaminya di bahagian perut mangsa sebelum dicekik hingga mati.

Mayat Simran kemudiannya di jumpai terbaring di rumah pada pagi Ahad lalu oleh abang mangsa.

Simran cuba diselamatkan oleh anak perempuannya yang berusia 4 tahun tetapi dia diseret oleh ayahnya dan dijumpai di kurung dalam sebuah bilik manakala suspek melarikan diri.

Anak perempuan mangsa memberitahu polis bahawa ibu bapanya sering bergaduh kerana roti capati yang dibuat ibunya.

“Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” ujarnya.

Menurutnya, dalam kejadian itu, bapanya berang selepas ibunya menghidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dan terus menendang perut ibunya.

“Saya cuba untuk membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” jelasnya.

 Polis memberi kenyataan, siasatan awal mendapati mangsa mati selepas leher dijerut dengan tali.

“Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dengan dakwaan membunuh” ujarnya.

Pasangan suami isteri ini telah berkahwin selama 5 tahun. Bisnes suaminya telah merosot dan menyebabkan dia bekerja di kilang sejak dua tahun lalu.

Sumber- The Times Of India

Recent Posts

  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

12 mins ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

37 mins ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

40 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago