Ada Penjawat Awam Mahu Kerajaan PH Ditumbangkan – PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada kakitangan awam yang mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan dan mengembalikan kerajaan yang membenarkan rasuah supaya lebih menguntungkan mereka.

Perdana Menteri berkata, ada kalangan penjawat awam berpendapat kerajaan sekarang tidak sebaik kerajaan sebelum ini kerana kerajaan PH tidak membenarkan mereka menerima rasuah.

“Ada juga antara kita yang berpendapat lebih baik pemimpin rasuah yang beri wang secara percuma walaupun haram.

“Tetapi, percayalah, apabila pemimpin dan kerajaan pilihan rakyat sendiri terbabit rasuah, sudah tentu kita akan menjadi mangsa sebab kita tidak dapat layanan sepatutnya daripada kerajaan yang mentadbir negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Townhall Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Penjawat Awam Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Kerajaan negeri, Zainal Azman Abu Seman.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru kakitangan awam bersama-sama kerajaan melakukan sedikit pengorbanan kerana rasuah tidak akan memberi kebaikan kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, mereka yang bebas rasuah akan mendapat kenikmatan yang lebih daripada sekadar wang, yang juga akan dinikmati oleh keturunan mereka.

Pada masa sama, katanya, negara akan menjadi lebih maju serta mampu bersaing dengan negara lain dalam pelbagai aspek kemajuan dan pembangunan.

Dr Mahathir juga berkata, pemimpin yang dipilih rakyat perlu bebas daripada segala bentuk rasuah supaya menjadi contoh kepada pihak lain.

Beliau berkata, apabila pemimpin terbabit rasuah, maka ramai anggota perkhidmatan awam dan pentadbir juga akan terbabit kegiatan sama yang pada pandangan mereka boleh menjadikan kehidupan lebih sempurna kerana menerima wang rasuah.

“Kita sedar kerajaan lalu jatuh kerana rasuah, walaupun mereka berpendapat dengan rasuah mereka boleh dapat sokongan rakyat.

“Tetapi, akhirnya rakyat yang menjatuhkan mereka walaupun rakyat diberi bermacam-macam dan sebagainya,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan sekarang memberi penekanan yang amat kuat terhadap usaha membasmi rasuah kerana gejala itu akan menggagalkan apa sahaja usaha kerajaan terutama pembangunan negara.

Dr Mahathir turut berkata, kekayaan dalam negara perlu dikongsi semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit secara adil kerana ia adalah tuntutan masyarakat.

Beliau berkata, jika semua pihak sanggup berkongsi kekayaan secara baik dan adil, maka negara akan aman dan harmoni tanpa masalah tekanan oleh mana-mana pihak, rusuhan, keganasan dan pelbagai perkara lain.

“Jika kita abaikan usaha untuk agihkan kekayaan kita ini dengan baik, maka akan berlaku perasaan tidak senang antara satu sama lain dan perasaan ini lama kelamaan akan mencetuskan huru hara dalam negara kita, bahkan lebih daripada itu,” katanya.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago