Padah Letak Minyak Brek Motor Bila Sakit Gigi, Pipi Bengkak dan Bernanah

Boleh dikatakan ramai diluar sana yang tidak menitikberatkan kesihatan gigi dek kerana takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Pasti semua tahu pemeriksaan gigi perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Siapa yang pernah mempunyai pengalaman sakit gigi, pasti tahu betapa peritnya rasa sakit tersebut. Lebih teruk ada yang mengalami sakit gigi sehingga demam.

Kalau dah sakit gigi tu cepat-capat jumpa doktor dan jangan pula jadi seperti individu ini yang membiarkan gigi sakit bertahun lamanya dan hanya bergantung pada minyak brek motor.

Letak minyak brek motor pada gigi sakit? Biar betul? Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Happy Wee berkongsikan kisah benar dimana seorang pesakit merawat giginya yang sakit dengan meletakkan minyak brek motor sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Menurut perkongsian tersebut, individu itu meletakkan minyak brek motor pada giginya yang sakit dan rasa sakit tersebut hilang. Beberapa minggu kemudian gigi di bahagian lain pula yang sakit dan mencuba cara yang sama, namun rasa sakit tidak hilang, malah wajahnya semakin membengkak.

Bengkak semakin besar, nanah sudah sampai ke saraf & otak

Doktor yang merawatnya membuat keputusan untuk mencabut gigi yang didapati sudah rosak dan mengeluarkan nanah yang sudah penuh dimuka. Lebih mengejutkan, jangkitan yang dialami oleh individu tersebut boleh membawa maut.

Apa pun diharap kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan sakit gigi tidak boleh dibuat main. Jika tidak merawatnya dengan betul ianya boleh menyebabkan kematian. Siapa sangka, pada awalnya ia hanya masalah kecil tapi boleh membawa masalah besar.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

8 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

9 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

10 hours ago