Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Jika ditanya kepada mana-mana individu yang pernah menganjurkan majlis atau kenduri, pasti kebanyakan daripada mereka mengakui ia satu perkara yang seronok namun memenatkan.

Ini kerana pelbagai faktor harus diteliti dan diambil tahu bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Walaupun pelbagai langkah telah diambil dalam memastikan majlis dilaksanakan dengan sempurna, pasti akan ada masalah yang timbul dan di luar kawalan kita.

Pembuat Apam Balik Diminta Baca Doa Dalam Majlis

Begitulah yang berlaku dalam sebuah majlis perkahwinan apabila seorang peniaga apam balik menjadi bidan terjun untuk membacakan doa bagi menggantikan seseorang.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @abang_kuhot, lelaki berkenaan pada mulanya sedang menyediakan apam balik buat tetamu yang hadir.

Sedang dia menyediakan menu tersebut, seorang lelaki dipercayai ahli keluarga tuan rumah meminta bantuan daripadanya untuk membaca doa.

Walaupun terkejut dengan permintaan tersebut, lelaki itu kekal tenang dan bersetuju untuk memberi bantuan tersebut.

Namun, dia memohon agar DJ di majlis tersebut membawa mikrofon kepadanya memandangkan dia sedang menyiapkan apam balik untuk tetamu.

Apa yang menjadi perhatian adalah alunan bacaan doa yang lancar, penuh dengan lenggok dan kedengaran seperti sedang memberi khutbah Jumaat.

Malah, jelas dia langsung tidak kekok untuk membaca doa di hadapan tetamu yang hadir.

Warganet Puji Keberanian & Alunan Bacaan Doa

Menjengah ke ruangan komen, video yang telah mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu nyata mengundang pelbagai reaksi warganet.

Rata-rata memuji keberanian pemuda itu yang sanggup dan berani menghulur bantuan membaca doa di majlis tersebut.

Malah, bacaan doanya itu turut dipuji oleh warganet kerana alunannya yang merdu dan kedengaran seperti seorang yang telah biasa memberi khutbah Jumaat.

Berikut antara komen warganet:

Aura-Aura Khutbah Jumaat, Intonasi Pun Sama

Macam Dengar Khutbah Je

Bagus Abang Multiskill, Tapi Takut Time Tengah Baca Guna Mic Ada Orang Order Apam Balik

Hari Jumaat Ke Ni?

Pakcik Tu Offer Je, Abang Ni Terus Cakap Boleh, Abang Ni Tak Kosong, Terbaik

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Kemerduan Suara Pemuda Ketika Baca Selawat Taslim Untuk Majlis Kahwin [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

23 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago