“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

“Don’t judge a book by its cover.”

Perumpamaan ini kita pasti biasa didengari atau digunakan untuk menyatakan kepada seseorang agar tidak menilai sesuatu hanya dari melihat luarannya sahaja.

Selain manusia, ayat ini juga boleh digunakan kepada perkara atau benda yang lain seperti kenderaan, makanan, mahupun haiwan.

Sebagai contoh, jangan disangka haiwan yang berkaki pendek tidak boleh berlari laju atau binatang yang bersaiz besar tidak boleh berenang di dalam air.

Tular video cara ular panjat pokok guna teknik lilit

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki telah merakam aksi seekor ular dipercayai ular Sawa bersaiz besar yang sedang memanjat sebatang pokok di dalam sebuah hutan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nadikandarat, kelihatan ular berkenaan melakukan pergerakan melilitkan badan pada batang pokok terbabit untuk naik ke atas.

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas melingkarkan badan untuk memanjat pokok berkenaan meskipun tidak mempunyai kaki.

Kali pertama tengok cara ular panjat pokok

Menurut lelaki itu, ini merupakan kali pertama dia melihat secara depan mata cara yang digunakan oleh ular untuk memanjat pokok.

“Pelik tapi benar, pertama kali tengok,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.

Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu turut disaksikan oleh beberapa rakan-rakannya yang lain yang turut berada di dalam hutan terbabit.

Video berdurasi 19 saat itu telah meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan melebihi 2.5 juta orang dan lebih 100,000 tanda suka.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terpegun melihat cara yang digunakan oleh ular sawa berkenaan untuk memanjat pokok memandangkan reptilia terbabit tidak mempunyai kaki.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menyatakan perkara sama bahawa itu merupakan kali pertama mereka melihat teknik yang digunakan oleh ular untuk memanjat.

Sekadar info, ular sememangnya boleh memanjat pokok, lebih menyeramkan lagi, ular juga mampu memanjat dinding walaupun permukaannya rata dan menegak.

Malah, sebelum ini juga pernah tular di media sosial video seekor ular memanjat dinding sebuah apartment.

Selain itu, ada juga video yang memaparkan ular memanjat tembok pagar.

@izdar.radzi

konon bina tembok pagar ni taknak bagi ular masuk.. almaklum kat sebelah tu hutan.. sekali rilek aje dia manjat pagar tu 😅😅 #ulartakberbisa

♬ original sound – izdarradzi – izdar.radzi

Berikut komen yang diberikan netizen:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago