fbpx
Now Reading
Ramai Puji Kemerduan Suara Pemuda Ketika Baca Selawat Taslim Untuk Majlis Kahwin [Video]

Ramai Puji Kemerduan Suara Pemuda Ketika Baca Selawat Taslim Untuk Majlis Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin mula berarak ke pelamin selepas Namik mula membaca selawat ke atas Nabi SAW.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang akan berkahwin pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna mengikut citarasa masing-masing.

Oleh itu, setiap perincian majlis akan mula diatur mengikut kehendak pengantin dan juga ahli keluarga sebagai contoh siapakah yang akan membacakan doa, pengacara majlis, persembahan, acara karaoke dan banyak lagi.

Kesemua perkara yang dilakukan mengikut kemampuan pasangan pengantin dan ia tidak wajib.

Suara merdu pemuda baca Selawat Taslim undang perhatian

Baru-baru ini, seorang pemuda mencuri perhatian orang ramai gara-gara kelunakkan suarannya mengalunkan Selawat Taslim di sebuah majlis perkahwinan di Jalan Paya Barat, Klang pada 5 November lalu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @namiktamin92, awalnya kelihatan dia berdiri berdekatan meja DJ sambil memegang mikrofon.

Dia kemudian mula mengalunkan Selawat Taslim dengan penuh merdu sebaik pasangan pengantin tiba dan menunggu di bahagian pintu gerbang majlis.

Malah apa yang lebih menganggumkan, kelihatan Namik menjaga penafasannya dengan baik sebelum mula berselawat ke atas Nabi SAW.

Pengantin berarak masuk sebaik lelaki itu membawakan selawat ke atas Nabi SAW

Sebaik selawat ke atas Nabi SAW dibacakan pengantin kemudian mula bergerak untuk berarak masuk ke pentas pelamin.

Dalam muat naik lain, Namik sering berkongsi dirinya membaca doa dan juga selawat lain seperti Tafrijiyyah, selawat Nuril Mubin dan banyak lagi.

@namiktamin92

Selawat Taslim 5 Nov 23 di Majlis Walimatul urus.Tahniah kepada pasangan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. #bukitkapar #sollualannabi #permintaantuanrumah #bayarhutang #fypシ #berjuangberakhlak #cergasuntukberjuang⚔️⚔️

♬ original sound – Namek Tamin92 – Namek Tamin92

Ramai puji merdu, siap nak panggil kenduri

Melihat di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai yang memuji suaranya yang merdu.

Malah ada yang membuat perancangan untuk menjemput Namik membacakan Selawat Taslim sekiranya mereka akan mengadakan kenduri.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan perkara itu patut dicontohi ketika majlis perkahwinan.

Menerusi carian kami Selawat Taslim ini kebiasaannya dilakukan segelintir pihak ketika majlis perkahwinan.

“Ada kenduri kita nak jemputlah abang ni buat Selawat Taslim dekat rumah”

“Patut dicontohi.. sekarang banyak orang buat karaoke je dekat majlis kahwin. Buat macam ni lagi berkat majlis dan tetamu pun makan sambil ikut sekali selawat, dapat pahala”

“Teringat arwah ayah.. Selawat Taslim ni lah sambut ketibaan rombongan pengantin majlis resepsi saya dulu. Al-fatihah buat arwah pak”

“Dah macam dengar dekat masjid negara tau. sedap”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.