fbpx
Now Reading
Wanita Dikecam Kerana Pakai Baju Sama Dengan Pengantin, Pemilik Video Tampil Beri Penjelasan [Video]

Wanita Dikecam Kerana Pakai Baju Sama Dengan Pengantin, Pemilik Video Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut pemilik video, kedua pengantin dan wanita itu adalah bekas anak muridnya dan tindakan memakai baju sama adalah tidak disengajakan oleh tetamu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berkunjung ke majlis perkahwinan, sudah menjadi kebiasaan untuk para tetamu yang hadir memakai baju tradisional seperti baju kurung, baju melayu dan sebagainya.

Ia bukan sahaja dilihat formal malah ia juga sebagai tanda menghormati tuan rumah dan juga pengantin asalkan pakaian itu tidak dilihat berlebihan mengalahkan mempelai.

Baju kurung tersama dengan pengantin

Namun berbeza dengan seorang wanita ini, apabila pakaian yang dipakainya secara tidak sengaja dilihat seperti sama dengan pasangan pengantin.

Menerusi video yang tular di media sosial, awalnya kelihatan tetamu wanita itu telah memakai baju songket berwarna hitam dengan corak emas. Dia kemudian dilihat sedang berbual dengan tetamu lain di sebuah meja.

Tidak lama kemudian individu yang merakam video tersebut telah menunjukkan baju dipakai oleh tetamu berkenaan sama dengan warna yang dipakai oleh pasangan pengantin.

Masih boleh berbual mesra walau pakai baju sama

Malah pengantin lelaki turut dilihat menyedari perkara tersebut dan mereka berbual-bual di sebuah meja dengan mesra.

Di akhir video mereka kemudian bergambar bersama-sama malah perakam sempat bergurau apabila ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ yang diucapkan dalam video dituju kepada pasangan mempelai dan bukan wanita berkenaan meskipun dia memakai baju yang sama.

Video itu kemudiannya telah mendapat perhatian ramai apabila ada yang mengkritik tindakan wanita tersebut yang memakai baju songket ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Songket dan baju putih perlu dielakkan ketika hadir majlis perkahwinan

Malah ada yang menyifatkan baju songket dan berwarna putih perlu dielakkan apabila berkunjung ke majlis perkahwinan.

Namun ada juga menganggap ia hanyalah satu insiden yang tidak disengajakan oleh tetamu dan merasakan ia tidak sepatutnya dijadikan isu oleh segelintir pihak.

Pemilik video tampil beri penjelasan

Ekoran daripada kritikan netizen itu, pemilik video yang dikenali sebagai Hun Idham tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurutnya kedua-dua pengantin dan tetamu wanita tersebut adalah bekas pelajarnya dan video itu dirakam kerana ia kelihatan seperti satu insiden lucu.

“Salam, ini video saya. Mereka semua bekas pelajar saya termasuk pengantin pompuan. Saya rakam sebab ia satu insiden lucu yang tidak disengajakan. Peringatan juga untuk semua bila ke majlis. Jangan suka-suka nak kecam orang dan acah (pura-pura) tahu perasaan pengantin,” ujarnya.

Malah Idham menjelaskan tiada isu di pihak pengantin dan keluarganya berhubung video tersebut bahkan mereka menontonnya sambil ketawa.

“Baju sama je kot. Kebetulan bukan konten dibuat-buat. Pengantin dah kata semua okay. keluarga mereka pun tengok video ni gelak saja.”

Dia juga memaklumkan insiden terpakai baju sama boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.