fbpx
Now Reading
Satu Keluarga Bertengkar Selepas Kenduri Kahwin, Rupanya Duit Tetamu Bagi Ada Sihir

Satu Keluarga Bertengkar Selepas Kenduri Kahwin, Rupanya Duit Tetamu Bagi Ada Sihir

Pihak perawat terpaksa membaca ruqyah dan menyapu minyak kasturi pada setiap duit yang diberi tetamu serta membakar kesemua sampul untuk mematikan sihir berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, hari bahagia yang sepatutnya diakhiri dengan kenangan indah telah bertukar menjadi pahit dalam sekelip mata sahaja.

Begitulah yang dilalui sebuah keluarga ini, apabila mereka yang baru selesai mengadakan majlis perkahwinan secara tiba-tiba saling bertikam lidah.

Satu keluarga bertengkar pada waktu malam ketika buka hadiah

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok @pusatrawatanattaubah, kejadian pertengkaran keluarga itu dikatakan berlaku pada waktu malam ketika sesi membuka hadiah yang diberikan oleh tetamu.

“Sepatutnya jadi malam yang paling meriah. Tapi adik beradik jadi berpecah belah malam itu. Tak tunggu lama, terus cari perawat nak check apa yang berlaku.

“Bila periksa di badan (ahli keluarga) ada gangguan cuma ‘buhur’ (ikatan) tiada di badan. Perawat kata kena check di rumah sebab di situ punca semua bergaduh,” tulisnya.

Susulan itu, perawat terbabit terpaksa datang ke rumah keluarga berkenaan untuk melaungkan azan bagi mencari barangan sihir berkenaan.

Terdapat unsur sihir pada tabung berisi duit tetamu

Perawat itu akhirnya mendapati terdapat unsur sihir pada tabung yang digunakan untuk mengisi duit pemberian para tetamu.

“Perawat kata sihir ini mungkin melekat pada salah satu duit yang ada. Kalau tak dipegang duit itu sihir tak akan aktif.

“Tapi duit dalam sampul semua dah bawa keluar pada malam kenduri, ramai yang kira dan pegang sebab itu semua jadi huru hara,” tulisnya lagi.

Ruqyah duit dan bakar sampul yang tetamu bagi

Akhirnya, pihak perawat terpaksa membaca ruqyah dan menyapu minyak kasturi pada setiap duit yang diberi tetamu untuk mematikan sihir tersebut selain membakar kesemua sampul.

Menurut pusat rawatan Islam itu, ada kemungkinan yang penghantar sihir itu telah lama ingin memecah belahkan keluarga terbabit dan hanya menunggu waktu yang sesuai.

Untuk slideshow penuh boleh tonton di sini.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit.

Malah, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang terkena gangguan sihir sebelum ini.

Sekadar info, sihir merupakan perbuatan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Hukum sihir pula adalah haram dan berdosa besar bagi yang mengamalkannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.