Dua Pelabur Termasuk Syarikat Dari China Minat Ambil Alih MAPS Perak

Berita penutupan sementara Taman Tema Malaysia Animation Park Studios (MAPS) pada 28 Januari kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Apatah lagi pusat rekreasi yang aru sahaja beroperasi selama tiga tahun itu mendapat sambutan yang meriah dari orang ramai terutamanya mereka yang berkeluarga.

Baca artikel berkaitan : MAPS Perak Ditutup Berkuatkuasa 28 Januari

Terbaru Memetik dari Sinar Harian, Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, terdapat dua pelabur yang berminat untuk mengambil alih taman tema tersebut.

Difahamkan pelabur tersebut terdiri dari satu syarikat tempatan dengan rakan kongsi luar negara serta satu syarikat dari luar negara, iaitu dari China yang bersedia untuk mengeluarkan belanja besar dalam membesarkan lagi taman tema MAPS mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

“Sekurang-kurangnya ada dua pelabur dari dalam dan luar negara yang berminat. Bila kita cadang kepada mereka kita ada ‘theme park’, mereka kata nak buat kajian. Mungkin mereka nak ‘expand’ dengan kaedah-kaedah yang lain mengikut ketetapan kita.

Menurut Mohammad Nizar lagi, penutupan MAPS bagaimanapun tidak menjejaskan iklim pelaburan di Perak malah dapat membantu mencari jalan penyelesaian yang bakal memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berikutan timbulnya spekulasi sebelum ini bahawa penutupan MAPS adalah berikutan tanggungan kos kerugian setiap tahun yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Perak.

“Penutupan MAPS tidak menjejaskan iklim pelaburan di Perak tetapi ia menyebabkan kita mencari jalan keluar yang lebih mantap dan menguntungkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Dem Draexlmaier Automotive (M) Sdn Bhd, Chemor di sini hari ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

41 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago