Kerajaan Akan Mengkaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka – Datuk Ismail Sabri

Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula harga siling bagi topeng muka yang sebelum ini telah dinaikkan kepada RM2/ keping

Menteri Kanan, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata kerajaan merasakan harga RM2 terlalu tinggi berbanding harga asal, RM0.80. Tambah beliau lagi sebarang kenaikan harga tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan telah pun bersetuju untuk mengenepikan duti import bagi produk itu.

“Harga siling untuk topeng muka RM2 adalah terlalu tinggi jadi Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak bersetuju dan esok kita akan bermesyuarat supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melihat semula.

Credit: The Malaysian Reserve

“Kita mahu ia diturunkan sehingga kepada paras yang ditetapkan peringkat awal, sepatutnya tiada isu kerana kerajaan sudah bersetuju hapuskan duti import untuk pembelian topeng muka,” katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.

Terdahulu, KPDNHEP mengumumkan bahawa harga siling  bagi topeng muka dinaikkan daripada 80 sen kepada RM2 sekeping, selain memberi kebenaran untuk mengmiport barangan itu memenuhi kekurangan dalam pasaran domestik.

Menterinya, Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata langkah itu bertujuan meningkatkan bekalan topeng muka di Malaysia.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago