Padah Tampar Pengawal Keselamatan Dan Ingkar PKP

Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan kerana menampar seorang pengawal keselamatan kerana tidak berpuas hati dengan waktu operasi sebuah pasar raya yang dipendekkan tempoh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Mohamad Shaiful Bahari Mohamad, 33 tahun  mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada petang khamis.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pengawal keselamatan, Dayang Azura Sufri, 34 tahun dengan menampar pipi kiri mangsa sehingga lebam.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan had waktu yang diberikan, di bawah peraturan 3 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 

Dua kesalahan ini dilakukan di Pasaraya Tesco di Jalan Panglima Awang, Melaka pada hari rabu jam sekitar jam 7.05

Memetik Awani, tertuduh yang cuba memasuki bangunan pasar raya berkenaan selepas tempoh waktu pengoperasian bagaimanaun dihalang oleh mangsa.

Mangsa dalam masa sama cuba menerangkan bahawa pasar raya itu kini beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja.

Terduduh yang berang  kemudian bertindak agresif dengan menampar pipi kiri pengawal keselamatan itu sebelum mengejarnya ke dalam kawasan pasar raya tersebut.

Majistret Mohamad Izwan sewaktu menjatuhkan hukuman itu menegaskan yang masyarakat seharusnya serius dan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa sebagai usaha mengawal penularan virus maut ini.

Beliau kemudian memutuskan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama manakala tiga bulan bagi pertuduhan kedua dan berjalan serentak bermula tarikh ditangkap.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

1 hour ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

7 hours ago