Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Diraja Johor, Bakal Berdepan Denda RM 500,000

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bagi tujuan persendirian, pada sekitar penghujung bulan lalu.

Mengaku tidak bersalah

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada tarikh 2:15 petang, 30 April 2020 di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri,

Boleh didenda 5 tahun penjara atau sehinga RM500,000

Wak Doyok yang juga seorang usahawan didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Jika disabitkan kesalah dia boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Wak Doyok merupakan seorang penggemar aksesosori cincin Foto : Wak Doyok

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim.

Nor Azizah sebelum itu menawarkan jaminan RM50,000 ke atas tertuduh berikutan keseriusan kes yang dituduh ke atas tertuduh.

Bagaimanapun MN Halim dan Syaffie Naim yang mewakili Wak Doyok merayu wang jaminan direndahkan dengan alasan anak guam mereka menjaga ibunya yang berusia 78 tahun di samping pendapatan perniagaannya terjejas akibat pandemik Covid-19.

Minggu lalu, media melaporkan Wak Doyok telahpun memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, bagi siasatan kes berkenaan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan kes berkenaan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan.

Terdahulu kisah Wak Doyok menjadi topik hangat netizen selepas tular foto sebuah cincin yang didakwa telah ditempah olehnya yang menggunakan lambang diraja Johor.

Dia kemudian membuat permohonan maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas diminta memberikan penjelasan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Instagram baginda.


Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago