“Lain Bangsa Namun Ada Kasih Sayang Sesama Manusia” – Rider Teruja Di Hadiahkan Makanan Berbuka Oleh Pelanggan Cina

Satu perkongsian oleh seorang rider penghantar makanan menerusi Facebook Penang Kini menarik perhatian orang ramai apabila dia terpanggil untuk berkongsi rasa terujanya selepas dihadiahkan makanan berbuka oleh seorang pelanggannya.

Dia yang pada mulanya menerima pesanan menerusi aplkasi Grab Food, bagaimanapun terkejut apabila membaca nota yang ditinggalkan pada pesanan tersebut

Tak perlu hantar makanan pada saya

“Tak perlu hantar, tak perlu hantar makanan ini kepada saya” tulis pada nota yang turut disertakan oleh pelanggan tersebut semasa membuat pesanan.

“Aku rider grabfood. Tadi masa menunggu job masuk sempat la belek page penang kini.

“Tiba-tiba job masuk . Mcm biasa la tgk kedai mana dan hantar kemana. Rupanya customer tu hadiahkan/sedekahkan makanan yg dia oder dari sebuah restoran di Permatang Pauh tu untuk rider grab food berbuka puasa .

“Rezeki PKP nampaknya ini dari seorang wanita cina yang baik hati.. ” tulis individu itu lagi.

Menerusi screenshot dari aplikasi itu lagi dapat dilihat yang pelanggan terbabit yang dikenali sebagai Penny turut membuat 3 jenis pesanan makanan untuk rider terbabit.

“Ini adalah hadiah untuk kamu dan keluarga kamu. Atau kamu boleh berkongsikannya dengan grab drivers yang lain

“Jaga diri, kekal selamat dan selamat berbuka puasa” tulis Penny.

Terkejut.. hanya pernah dengar cerita sebegini

Menurut rider itu lagi, dia sememangnya tidak menyangka yang dia sendiri akan mengalami ‘kisah inspirasi’ sebegini yang sebelum ini hanya didengari dari pengalaman orang lain.

“Allahu.. terkejut pun ada. Selama hidup aku ni (hanya) penah dengar sahaja cerita-cerita kebaikan manusia. Wlaupun berlainan bangsa namun masih ada rasa kasih sayang antara kita manusia.”

Hanya minta kongsi gambar makanan untuk beri rating pada restoran

Yang menariknya Penny ada meminta individu terbabit untuk berkongsi gambar makanan tersebut kepadanya, namun hanya bertujuan untuk memberikan rating kepada restoran tersebut.

” Jika kamu boleh mengambil gambar makanan tersebut selepas mendapatkannya ia akan membantu saya dalam memberikan rating kepada restoran tersebut”

Dapat kebahagian berganda sempenan hari lahir

Yang lebih manisnya peristiwa ‘dihadiahkan makanan oleh Penny’ berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya. Dan satu yang pasti rider ini benar-benar berasa dihargai selepas apa yang dilakukan oleh wanita cina tersebut sehingga memilih untuk berkongsikan kisah tersebut kepada orang ramai.

“Lupa nak bagitahu min harini hari lahir aku. Dpt kebahagiaan berganda min. Aku cuma nak sampaikan ja kisah yg jadi kat aku dan aku sangat hargai kebaikan wanita Cina ini..” katanya mengakhiri perkongsian tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

26 mins ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

32 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

56 mins ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX Perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

17 hours ago