Polis Sahkan Terima Laporan Dakwa Dr Zulkifli Langgar PKP

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda


Sejak semalam tular di media sosial salinan laporan polis yang di muat naik seorang individu bernama Azmi Arshad yang dilakukan ke atas Dr Zulkfili Al- Bakri.

Menerusi laporan tersebut yang bertarikh 3 Mei itu, seorang pengadu mendakwa Dr Zulkfili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beberapa kali melakukan perlanggaran arahan PKP

Antara kesalahan yang didakwanya telah dilakukan Dr Zulkifi ialah pada :

  • 31 Mac – Menteri Agama itu memuat naik gambar beliau menyampaikan surat pertukaran kepada pegawai kanan Jakim
  • 13 April – Dr Zulkifi memanggil seorang lagi penceramah Datuk Dr Fathul Bari mengadakan mesyuarat dan bergambar tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan banyak lagi.

Tidak dapat disahkan siapa individu yang telah membuat laporan berkenaan namun jantinanya adalah lelaki bukan wanita seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.

Malah dia hanya meninggal umurnya 43 tahun 11 bulan bersama butiran tarikh lahir iaitu 28/05/1976

Bukan satu tapi dua laporan

Terbaru, Polis Daerah Kajang mengesahkan pihak mereka telah menerima dua laporan polis berhubung insiden terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan turut memaklumkan yang pihaknya sudah pun merakam percakapan pengadu.

“Keterangan bagi pihak lain akan diambil setelah mendapat arahan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Polis turut membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi tujuan siasatan awal,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

13 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

22 hours ago