Kalau Dah Ajal.. Maut Direnjat Elektrik Semasa Bermain Tiktok

Setiap apa yang hidup pasti mati, cuma bila dan bagaimana cara kematiannya sahaja yang tidak diketahui.

Seorang gadis berumur 14 tahun dari Bekasi, Indonesia dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik sewaktu sedang merakam video tiktok di bahagian bumbung rumahnya.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan berada bersama tiga lagi rakannya di yang turut serta merakam satu aksi video tiktok .

Cuba selamatkan telefon terjatuh

Namun menurut portal tempatan, nasib tidak menyebelahinya apabila telefon yang berada digengamannya terlepas lalu terjatuh kearah kabel elektrik yang melintang berdekatan bumbung rumah berkenaan.

Mangsa kemudiannya secara spontan cuba mencapai peranti berkenaan namun tanpa disengajakan telah terpegang kabel berkuasa tinggi tersebut.

Mangsa kemudian direnjat oleh arus yang mengalir dari kabel elektrik sehingga sebahagian tubuhnya terbakar dan berasap . Dia bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia serta merta.

Rakan yang membantu turut cedera

Seorang dari rakan mangsa yang cuba membantunya turut cedera parah selepas terkena renjatan elektrik berkenaan dan ketika ini sedang di rawat di sebuah hospital di sana.

Menurut jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bekasi untuk bedah siasat.

“Sebahagian tubuh mangsa hangus terbakar terkena renjatan elektrik.

“Ya betul. Ketika kejadian mangsa berada di tingkat tiga rumahnya. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika berusaha mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh antara kabel elektrik.

“Belum jelas ya. Berdasarkan keterangan saksi, setakat ini (penyebabnya) mangsa sedang bermain salah satu aplikasi di telefonnya,” jelas Akta.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

42 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

57 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

57 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago