Produk Dipromosi Tidak Sah, Fazura Bebas Tuduhan Langgar Kontrak

Aktres terkenal, Fazura bersama syarikat rakaman Universal Music didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan atas dakwaan melanggar kontrak mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan.

Tiada kelulusan KKM

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril menolak tuntutan saman yang difailkan pemilik syarikat Maydan Tradin, Narhamdan Abd Malek selaku plaintif selepas mendapati produk ini gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Maydan Trading untuk membayar kepada Fazura dan Universal Music selaku defendan pertama dan kedua sebanyak RM40,000.

Kontrak ditamatkan pihak plaintif sendiri

Menurut Mohd Firuz tiada sebarang pelanggaran kontrak antara plantif dengan Fazura selaku defendan pertama malah Fazura yang dilantik sebagai duta ‘Q Tab’ telah menjalankan tugasnya dalam mempromosikan produk berkenaan.

Produk Maydan Trading iaitu Q-Tab yang telah dipromosikan Fazura

“Kontrak dalam kes ini hanya membabitkan plaintif dengan defendan kedua, iaitu Universal Music. Tindakan plaintif menyatakan terdapat pelanggaran kontrak adalah tidak tepat kerana kontrak berkenaan telah ditamatkan oleh plaintif sendiri,” katanya.

“Keterangan daripada seorang lagi saksi plaintif yang merupakan pegawai di bahagian farmasikal turut menyatakan bahawa produk yang dipasarkan oleh plaintif menyalahi undang-undang kerana mengandungi bahan terlarang. Ini bermakna plaintif telah memasarkan produk yang salah dan mengakibatkan kontrak itu juga adalah tidak sah.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin sewaktu ditemui diluar mahkamah meluahkan kelegaan selepas hampir 3 tahun berdepan dengan kes berkenaan

“Saya didakwa plaintif yang mengatakan saya melanggar perjanjian kontrak. Namun, mahkamah sudah membuktikan bahawa kontrak itu tidak sah,” jelas Fazura yang turut ditemani suami, pelakon Fattah Amin dan penugursnya Iman Tang Abdullah

“Ia juga mencalar imej saya dan sangat negatif,” katanya yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan.

Niat saya hanya nak bantu tapi diheret ke mahkamah

Tambah aktres yang sedang sarat hamil itu dia akan lebih berhati-hati untuk menjalin sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak selepas ini.

“Niat saya baik dari awal iaitu nak bantu syarikat milik Melayu, tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin Maydan Trading juga boleh ambil iktibar jangan sesuka hati nak heret orang ke mahkamah tanpa asas.

“Saya sebenarnya tak sedar langsung yang produk ini tak sah. Begitu juga dengan kontraknya yang juga tak sah,” katanya

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

31 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 hour ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

1 hour ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

5 hours ago