Makcik Gelang Pink Dipenjara Sehari & Denda RM 8,000

Makcik gelang pink yang sebelum ini tular fotonya sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Ipoh sewaktu dalam tempoh kuarantin hari ini dijatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM8,000 .

Makcik ini atau nama betulnya Nur Emah Mohamad Hashim, 72, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Kegagalan membayar denda tersebut Mahkamah turut memerintahkan tertuduh boleh dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda.

Gagal menahan air mata selepas hukuman di jatuhkan

Dia yang hadir ditemani ahli keluarga yang duduk di galeri awam sejak awal sehingga tamat prosiding kemudiannya dilihat menitiskan airmata .

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Emah didakwa tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dengan dengan keluar ke tempat awam dan makan di Hanaz Cafe pada 8 pagi 6 Julai 2020.

Perbuatannya melanggar perintah itu di bawah Subseksyen 15.(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 seperti yang diarahkan oleh Pegawai Diberi Kuasa Syarifudin Abu Bakar bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor, 5.30 petang 4 Julai lalu.

Sepatutnya dikuarantin dari 4 Julai – 18 Julai

Memetik laporan Harian Metro, menerusi fakta kes, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima aduan berhubung foto Nur Emah yang tular dimana dia dilihat memakai gelang pengawasan di rumah namun tidak berada di lokasi yang ditempatkan malah didapati keluar makan di restoran di Meru Raya.

Hasil siasatan lanjut Pejabat Kesihatan Daerah Kinta mendapati tertuduh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula 4 sehingga 18 Julai

Recent Posts

  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

4 mins ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

28 mins ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

32 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago