Hanya Kerana Kejar Impian Menjadi Pegawai Polis, Mata Wanita Ini Ditusuk Hingga Buta

Impian seorang wanita yang mahu berkhidmat kepada negaranya dengan menjadi pegawai polis akhirnya tercapai olehnya. Namun, tidak lama kemudian suatu insiden berlaku kepadanya hingga ‘meragut’ masa depannya.

Itulah yang berlaku kepada Kathera yang berusia 33 tahun apabila diterima menjadi pegawai polis di Wilayah Ghazni, Afganistan. Tragedi tersebut berlaku ketika dia baru sahaja keluar dari stesen polis untuk pulang ke rumah. Sejak daripada itu segalanya telah mengubah kehidupan Kathera selamanya.

“Perkara terakhir yang saya nampak ialah 3 orang lelaki di atas sebuah motosikal menyerang saya apabila saya meninggalkan tempat kerja di stesen polis.

Kredit: INDOSINPO

“Mereka menembak dan menusuk mata saya dengan pisau. Apabila saya bangun di (katil) hospital, dunia saya menjadi gelap.

“Saya bertanya kepada doktor, mengapa saya tidak boleh melihat apa-apa? Mereka memberitahu saya bahawa mata saya masih dibalut kerana luka. Namun, pada ketika itu saya lebih tahu,” katanya lagi.

Kredit: SINDOnews

Dia yang berharap dapat tempoh perkhidmatannya sebagai pegawai polis bahagian jenayah itu sekurang-kurangnya setahun jika ia benar-benar berlaku selepas itu dan menganggap ianya kurang menyakitkan berbanding apa yang berlaku ketika ini.

“Saya berharap dapat berkhidmat sebagai pegawai polis untuk sekurang-kurangnya setahun. Sekiranya ia benar-benar berlaku pada selepas itu, ia akan menjadi kurang menyakitkan.

“Ia berlaku dengan terlalu pantas…saya hanya dapat bekerja dan menunaikan impian saya selama 3 bulan sahaja,” katanya lagi kepada Reuters.

Selain itu, Kathera dan pihak berkuasa yang mendakwa serangan tersebut dilakukan oleh militan Taliban. Walau bagaimanapun, ianya telah disangkal oleh jurucakap Taliban dan berpendapat berkemungkinan serangan itu ada kaitan dengan masalah peribadi keluarga tersebut.

Kredit: Astro Awani

Justeru itu, Kathera mendedahkan bahawa ayahnya menentang keras keputusannya untuk menyertai pasukan polis dan tidak menyukai akan pekerjaan yang disandang oleh Kathera itu sendiri.

“Berkali-kali ketika saya ke tempat kerja, saya melihat ayah mengikuti saya. Dia mula menghubungi Taliban di kawasan berdekatan dan meminta mereka menghalang saya daripada bekerja,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, ayahnya sendiri ada memberikan salinan ic kepada militan berkenaan sebagai bukti Kathera bekerja dengan pihak polis. Dia juga sempat menceritakan bahawa ayahnya sering menanyakan lokasi keberadaannya pada hari kejadian itu berlaku.

Susulan itu, pihak polis Ghazni percaya bahawa serangan ke atas Kathera dipercayai dilakukan oleh militan Taliban itu sendiri dan ayah Kathera juga telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago