Ika Nabella Kini Bertudung, Mahu Jadi Isteri & Ibu Yang Baik

Penampilan aktres Ika Nabella baru-baru ini menjadi tumpuan peminat dunia hiburan apabila dia memuat naik fotonya bertudung.

Menerusi posting tersebut Nabila memberitahu dia ketika ini sedang menyesuaikan diri dengan imej baharunya dan dalam masa yang sama untuk menjadi ibu dan isteri yang baik

“Saya menerima banyak panggilan dari semua medium yang bertanyakan banyak soalan mengenai imej baharu saya.

“Sebenarnya saya sedang menyesuaikan diri dan masih mencuba untuk menjadi seorang yang lebih bagus, sebagai seorang isteri dan ibu juga.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk mendoakan dia agar terus istiqamah dalam penghijrahannya.

“Doakan saya ya, sepertimana saya mendoakan kamu semua. Segan sebenarnya,” katanya.

Menerusi laporan Mstar, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim memberitahu , dia memilih berkongsi perkara itu secara perlahan-lahan kerana bimbang penghijrahannya itu akan terjejas.

“Sejujurnya saya memang dah niat nak berhijab lama tetapi hati saya berbolak balik dan saya dah banyak kali cuba-cuba pakai tudung cuma saya rasa masa tu banyak fikir duniawi dan karier saya.

“Bila sekarang di usia 31 tahun saya dah dapat apa yang saya nak walaupun kehidupan sangat-sangat sederhana, bagi saya Allah dah bagi semua yang saya minta.

“Masa bujang dulu saya nak sangat kahwin dan Allah hadirkan suami dan selepas kahwin dalam masa tiga tahun saya doa sangat nak anak. Allah kurniakan zuriat masa tu, saya terdetik apa saya nak semua dapat taip saya tak sempurna menutup aurat dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya antara pendorong dia membuat keputusan untuk berhijab adalah anaknya malah anaknya juga membuatkan dia ingin memulakan perniagaan baru.

“Anak banyak mengajar dan memberi dorongan kerana saya nak memori dia penuh dengan benda baik-baik dan lihat saya sebegai role model,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago