Bayi ‘Mati’ Hidup Semula Sebelum Upacara Pengebumian

Satu kejadian aneh dilaporkan berlaku di Dibrugarh, India apabila seorang bayi yang sudah diisytiharkan mati bangun semula beberapa minit sebelum majlis pengebumiannya diadakan.

Difahamkan ketika kejadian, pengesahan kematian bayi kurang dari 1 tahun itu dilakukan oleh seorang ahli farmasi .

Sebenarnya tidak mati hanya kecuaian ahli farmasi

Memetik laporan Daily Star, bayi tersebut telah di bawa ke Hospital Muttuck Tea Estate yang terletak di bandar berkenaan pada Ahad lalu.

Namun sewaktu di hospital seorang ahli farmasi yang memeriksannya memaklumkan kepada keluarga yang bayi berkenaan sudah meninggal dunia sedangkan dia sebenarnya belum mati.

Malah dia mengisytiharkannya tanpa mendapat pengesahan doktor yang kebetulan tiada disana.

Gambar sekadar hiasan

Ahli keluarganya yang bersedih kemudian membawanya pulang untuk disemadikan. Namun sebaik meletakkanya di tanah untuk dikebumukan bayi lelaki berkenaan mula bergerak-gerak dan kembali bernafas.

Terkejut dengan insiden tersebut , mereka kemudian turut bergegas ke hospital berdekatan, iaitu Assam Medical College and Hospital (AMCH), yakni hospital berbeza dari yang dikunjung mereka pada Ahad lalu.

Meninggal sebaik tiba di Hospital

Namun malang sekali, apabila bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital tersebut (DOA).

Menurut pihak polis, bayi berkenaan besar kemungkinan dapat diselamatkan sekiranya ahli farmasi tersebut tidak bertindak sedemikian.

Susulan dari itu, polis tempatan kemudiannya menahan ahli farmasi tersebut yang dikenali dengan nama Gautam Mitra pada hari Isnin. Dia kini berdepan dakwaan mengisytihar kematian tanpa pengesahan tepat dan semasa ketiadaan doktor

Orang ramai yang marah pula mula melakukan demonstrasi di hospital tempat Mitra bekerja memintanya dihukum di atas kecuaiannya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

10 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

10 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

12 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago