Tahniah! Les’ Copaque Berjaya Rangkul Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World’

Bila sebut saja nama Les’ Copaque pasti ramai yang menyebut cerita upin dan ipin, pada zaman dahulu, puteri dan banyak lagi, kan? Bagi yang mengemari animasi tersebut cukup mengenali syarikat produksi animasi tempatan ini iaitu Les’ Copaque Productions Sdn Bhd oleh kerana karya mereka telah mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Terbaru, Les’ Copaque telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada Persidangan dan Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World’ di Kuala Lumpur.

Sepanjang tahun 2019 dan tahun 2020, syarikat ini masih kekal mendominasi siaran di stesen televisyen tempatan, begitu juga antarabangsa seperti negara Asia Tenggara dan selebihnya melalui Disney Channel Asia serta di Turki. Prestasi mereka inilah menyebabkan mereka layak mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut syarikat produksi animasi tempatan ini pengiktirafan yang diberikan kepada mereka adalah bagi meraikan wira-wira ekonomi dalam kalangan pemain industri kerana biarpun wabak Covid-19 melanda di seluruh dunia, namun mereka tetap bertahan dalam menjalankan operasi perniagaan dan sama-sama membantu menggerakkan ekonomi negara.

Kredit: Telur Goyang

Disamping itu, Persidangan dan Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World 2020’ ini adalah salah satu program yang mengangkat pencapaian serta sumbangan usahawan yang bergiat dalam menjalankan perniagaan secara e-dagang, koperasi, dalam talian dan eksport untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Ia juga dianjurkan hasil inisiatif penerbitan media iaitu NiagaTimes dengan kerjasama Top 10 of Asia. Penyertaan untuk pemilihan Sesi Kedua masih berjalan dengan mengetengahkan 15 kategori uatama dan 10 kategori koperasi, sementara pemilihan syarikat masih dibuka dengan permohonan boleh dibuat menerusi e-mel support @niagatimes.com.

Sehubungan itu, selain syarikat Les’ Copaque Productions Sdn Bhd, terdapat syarikat tempatan seperti Xmegami Sdn Bhd dan Red Wheels Trading yang diiktiraf bagi pemilihan sesi pertama juga turut tersenarai sebagai penerima anugerah ‘Made For The World 2020’.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago