“KP Kesihatan Sudah Buat Yang Terbaik…”- Menteri Agama Tampil Pertahankan Dr Noor Hisham

Sejak semalam bukan sahaja Dewan Rakyat kecoh malah media sosial turut menjadi hangat susulan kenyataan Ahli Parlimen, Dato Seri Tiong King Sing dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mendakwa KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham seperti lepas tangan dan tidak turun padang melawat keadaan yang kronik susulan dari Covid-19

Dia kemudiannya turut mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan dan menyatakan Dr Hisham takut mati dan hanya menghantar pasukannya untuk turun berperang, satu kenyataan yang kemudian mencetuskan suasana hangat di dewan rakyat.

Susulan itu orang ramai merasakan MP berkenaan sedikit keterlaluan namun berbeza dengan Dr Noor Hisham sendiri yang begitu tenang membalasnya dengan menyatakan : “Setiap yang bernyawa pasti merasai mati’, sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali”

Perkara ini kemudiannya turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau menerusi Facebooknya dilihat tampil untuk mengulas secara ringkas kenyataan Tiong King Sing mengenai kenyataannya terhadap Dr Noor Hisham

“Saya berharap itu bukan maksud sebenar beliau”

Jelas Dr Zulkifli dia berharap MP tersebut tidak bermaksud dan tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian

“Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau. Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.

“KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai.

“Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini.

“KP antara individiu terpenting dalam memerangi Covid-19”

“KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah negara,” tulisnya.

Tambah beliau perkataan ‘takut mati’ tidak patut timbul apatah lagi negara tidak pernah berundur dalam menentang Covid-19. Dr Zulkifli kemudiannya turut mengaitkan isu berkenaan dengan satu kisah sahabat Rasullullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari.

“Kisah ini sentiasa tersemat di hati saya dan menjadi pegangan hidup saya. Sekali kita berjuang, menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjuangan untuk keselamatan dan keamanan negara, kita tidak akan berundur!

Tidak timbul isu ‘takut mati’

“Saya percaya, itulah semangat KP Kesihatan, jua seluruh barisan hadapan. Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul isu ‘takut mati’,” tulisnya.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (Riwayat Ahmad)

“Moga kita menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain.” tulis Dr Zulkifli lagi sebelum menutup perkongsiannya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago