Pelajar Malaysia Dilanggar Bas Di UK, Kini Dalam Keadaan Kritikal

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Manchester, UK dilaporkan telah terlibat dengan satu kemalangan di Wilmslow Road, Rusholme.

Basikal dinaiki dirempuh bas

Menerusi laporan Manchester Evening News, Nur Izzah Mohd Shokri, 20 pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester ketika kejadian sedang menunggang basikalnya sebelum dia dirempuh oleh sebuah bas.

Kejadian yang berlaku pada 28 Disember, 4.25 petang (waktu UK) di Wilmslow Rd, Rusholme, selatan Manchester menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke Salford Royal Hospital dan difahamkan bakal menjalani pembedahan.

Polis Manchester cari saksi kejadian

Difahamkan Polis Manchester ketika ini sedang giat mencari saksi yang terlihat insiden berkenaan untuk tampil membantu mereka dalam menyiasat perkara berkenaan.

Menerusi laporan NST, Pegawai atase pendidikan di Education Malaysia UK, Firdaus Zakaria  memaklumkan mereka telah menguruskan agar kedua ibu bapa Nur Izzah yang tinggal di Karak, Pahang untuk terbang ke UK bagi bertemu anak mereka.

Insiden membabitkan Nur Izzah turut tular di laman sosial malah seorang individu tampil meminta supaya rakyat Malaysia untuk mendoakan supaya mangsa kembali sembuh seperti sedia kala.

Rakan mohon orang ramai beri sumbangan pada ibu mangsa

Sama-sama kita doakan agar Nur Izzah diberikan kesembuhan dan dalam keadaan yang baik-baik

Recent Posts

  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

3 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

18 mins ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago