Ini Antara 22 Inisiatif Di Bawah PERMAI Yang Di Umumkan Perdana Menteri

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerusi satu sidang media khas memperkenalkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM 15 Bilion oleh kerajaan iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) demi membantu rakyat dan ekonomi.

Menurut beliau, pakej bantuan terbaru ini akan menambah baik inisiatif yang berterusan serta mempercepatkan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama.

“Matlamat itu ialah memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya secara langsung di semua platform media sebentar tadi.

Antara insiatif tersebut adalah :

  • Pemberian ‘one-off’ RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  • Pelepasan cukai khas bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga RM2,500 dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  • Melanjutkan pemberian data internet 1 Gigabit percuma kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan hingga April 2021.
  • Peminjam PTPTN yang terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Menambahbaik Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO dimana semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  • Geran Khas Prihatan Tambahan kepada 500 ribu PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran 1,000 ringgit, manakala 300 ribu PKS di negeri yang lain akan menerima 500 ringgit.
  • Bantuan one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  • Penambahbaikan i-Sinar. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja
  • Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang
  • Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
  • Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus
  • Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir
  • RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago