Bangkai Kapal Dari Era 1800-an Timbul Selepas Banjir Besar Di Pahang

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Siapa sangka banjir besar yang melanda beberapa negeri termasuk Pahang baru-baru ini menyebabkan bangkai sebuah kapal lama timbul dan terdampar di tepi sungai di Lipis.

Kapal yang dipercayai bersaal dari abad ke 18 itu ditemui terdampar berhampiran Jambatan Gantung Sungai Kampung Pagar, Penjom, di sini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN), Mesran Mohd Yusop, kapal yang diperbuat daripada kayu dan tembaga itu berkemungkinan besar merupakan kapal dagang milik Inggeris atau digunakan oleh pembesar pada zaman tersebut.

Malah difahamkan ada satu objek logam yang bertulis Vivia and Sons Sheating 1842 pada badan kapal berkenaan dipercayai merujuk kepada sebuah pengeluar salutan tembaga, Vivian & Sons yang ditubuhkan pada tahun 1803.

Namun syarikat tersebut telah mengalami zaman kejatuhan pada akhir abad ke-19 dan merosot pada awal abad ke-20 sebelum bergabung menjadi British Copper Manufacturers Limited pada 1924 dyang akhirnya diambil alih oleh Yorkshire Imperial Metals pada 1926.

Namun beliau menjelaskan, kapal berkenaan seolah telah diganggu oleh orang lain sebelum ketibaan pihak JWN.

“Pemeriksaan pada bahagian dalam kapal tidak menemukan artifak melainkan serpihan seramik buat masa ini.

“Tapi pihak kami mendapati terdapat kesan kapal itu telah diganggu ,dipercayai oleh mereka yang mengambil komponen seperti paku atau dinding kapal disalut tembaga” kata Mesran lagi.

Sekumpulan individu ambil beberapa komponen kapal

Perkara sama turut dikongsikan Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, yang memaklumkan bangkai kapal kayu itu telah ditemui seorang wanita berusia 50 tahun pada jam 5 petang 14 januari sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Penjom.

Namun terdapat saksi yang melihat sekumpulan individu dipercayai telah mengambil beberapa komponen kapal itu.

“Polis kemudian pergi ke kawasan penemuan dan siasatan mendapati beberapa komponen pada kapal tersebut telah tiada. Hasil temu bual dengan penduduk setempat mendapati sekumpulan penduduk kampung dipercayai telah mengambil (beberapa) komponen kapal itu.

“Kes (penemuan kapal dan kehilangan komponen) disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya di sini, hari ini.

JWN akan ‘baik pulih’ serpihan kapal

Menerusi satu posting oleh Majis Daerah Lipis yang dikongsikan laman Facebook Jabatan Warisan Negara, pihak JWN telah memutuskan akan melakukan kerja penyelamatan ke atas serpihan kapal tersebut sebelum menempatkannya di muzium Warisan Lipis baji kajian terperinci.

“Usaha melindungi dan memelihara Warisan sejarah negara perlu diteruskan kerana ia akan dapat menggambarkan betapa nilai sejarah disanjung dan dihayati oleh orang ramai terutama generasi akan datang” tulis kenyataan itu lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

21 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

24 hours ago