Prestasi Tidak Menentu, Chelsea Akhirnya Pecat Frank Lampard

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Chelsea akhirnya memecat pengurus pasukan, Frank Lampard ekoran prestasi tidak menentu pasukan mereka sehingga berada di tangga kesembilan kedudukan liga perdana.

Lampard, yang merupakan bekas pemain tengah kelab berkenaan dari tahun 2001 – 2014 telah membawa Chelsea ke kedudukan empat teratas dan layak final Piala FA pada musim pertamanya sebagai pengurus.

Namun bagi musim ini, dia dilihat gagal mendapatkan hasil yang ditagih dari pasukannya walaupun The Blues sudah menghabiskan lebih £ 220 juta (AS$301.11 juta)

Pemecatannya diumumkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich menerusi satu kenyataan hari ini.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar, terutama kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Lampard dan saya sangat menghormatinya.

“Dia seorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai etika kerja yang sangat bagus. Namun, dalam keadaan semasa, kami percaya ini adalah langkah terbaik,” kata Abramovich.

Perlawanan terakhir Lampard adalah dua hari lalu sewaktu Chelsea menewaskan Luton Town 3-1 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA.

Dalam pada itu, sudah timbul ura-ura dikalangan peminat dan media bahawa Thomas Thuchel, bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG), akan mengambil alih tugas Lampard bagi mengemudi pasukan The Blues

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago