Tahan Aung San Suu Kyi & Presiden, Tentera Myanmar Isytihar Darurat Setahun

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selepas merampas kuasa dengan menahan Kaunselor, Aung San Suu Kyi dan Presiden Myanmar, U Win Myin serta pegawai-pegawan kanan kerajaan dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pagi tadi, tentera Myanmar kini mengistiharkan darurat di seluruh negara berkenaan selama setahun.

Pengisytiharan darurat tersebut yang diumumkan di TV milik tentera Myanmar, iaitu TV Myawaddy, menjelaskan mereka terpaksa melakukannya demi menjaga ‘kestabilan’ disana selain mendakwa agensi pilihan raya negara mereka gagal dalam menangani ‘penyelewengan besar’ dalam pemilihan, pada November lalu.

Pengisytiharan berkenaan ditandatangani Naib Presiden Pertama, U Myint Swe, yang bertugas sebagai pemangku Presiden, seperti diumumkan di TV Myawady ; satu-satu siaran penyiaran yang masih berfungsi selepas semua agensi penyiaran dan telekomunikasi disekat.

Jeneral Min Aung Hlaing (kiri) kini memegang tampuk kepimpinan kerajaan Myanmar selepas kuasa pentadbiran kini di bawah tentera.

Mereka kemudian melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing untuk memegang tampuk pentadbiran dan menjadikan Myanmar sekali lagi sebagai junta tentera.

Ini menjadikan segala kuasa pentadbiran, kuasa perundangan, dan kehakiman kini diserahkan kepada Jeneral Tatmadaw itu, manakala Myint Swee yang sebelum ini merupakan Naib Presiden menjadi pemangku presiden baharu.

“Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) gagal menyelesaikan penyelewengan daftar pemilih dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 8 November 2020, ” tulis kenyataan yang ditandatangani oleh pemangku Presiden baharu, Myint Swe.

“Berikutan keadaan situasi ketika ini perlu diselesaikan mengikut undang-undang maka darurat diumumkan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu berlaku salah faham antara tentera Myanmar dan kerajaan selepas tentera menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti NLD pimpinan Suu Kyi menang besar

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi yang dipantau jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

14 hours ago