Larangan Rentas Daerah, Negeri Dikekalkan Tapi Boleh Gerak Lebih 10 KM Dari Radius Rumah

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari rumah memandangkan banyak aktiviti perniagaan kini kembali diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri di semua negeri.

Jelas beliau keputusan ini dibuat berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana rentas negeri menjadi penyebab beberapa negeri dan daerah hijau bertukar kuning serta merah.

Antara contoh terdekat yang boleh dilihat adalah sekitar disember lalu dimana rentas daerah dan negeri menyebabkan peningkatan kes secara mendadak di daerah hijau.

“Disember lalu di Kelantan yang sebelum itu negeri hijau bertukar merah kerana peningkatan rentas negeri untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Beberapa daerah yang hijau juga boleh bertukar kuning dan merah kerana rentas daerah dibenarkan.

“Buat masa ini harap semua bersabar dan kerajaan akan dapatkan pandangan daripada KKM untuk sebarang perubahan,” kata beliau pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Beliau terdahulu memaklumkan pelanjutan PKP di beberapa negeri iaitu WP. Kuala Lumpur, Selangor,Johor, dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac 2021.

Bagi negeri seperti Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Kelantan, Melaka, Kedah, WP Labuan dan Putrajaya, PKP akan digantikan dengan PKPB berkuatkuasa 19 Februari sehingga 4 Mac.

Perlis pula menjadi satu-satunya negeri yang kini akan melakansanakan PKPP bermula 19 Februari.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago