Boleh Dilakukan Bermula Mac 2021, Ini Cara Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Umum mengetahui yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini (selasa) secara rasmi telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Buku berkenaan difahamkan mengandungi pelbagai maklumat tentang dasar program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik Covid-19. Dan yang pasti ianya turut mengandungi kaedah pelaksanaan vaksin dan jenis vaksin itu sendiri.

Jadi apakah jenis vaksin yang akan digunakan kerajaan kelak?

Sehingga Februari 2021, negara kita telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

5 vaksin tersebut adalah:

  • Vaksin Pfizer-BioNTech
  • Vaksin AstraZeneca
  • Vaksin Sinovac
  • Vaksin CanSinoBIO
  • Vaksin Sputnik V
Bekalan vaksin yang diperolehi negara. Foto : Buku Panduan

Daripada 5 pengeluar vaksin tersebut, vaksin daripada Pfizer-BioNTech telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.

Bagaimana pelaksanaan bagi program ini ?

Proses pelaksanaan bagi program ini bermula dari proses enrolmen kumpulan bersasar (mengikut keutamaan) sehinggalah pemberian dan pemantauan kesan vaksinasi.

Secara sukarela namun digalakkan

Sebagai nota, meskipun pendaftaran sebagai penerima vaksin yang bermula Mac ini adalah secara sukarela, namun orang digalakkan mengambilnya agar membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.

Cara mendaftar sebagai penerima vaksin?

Jadi apakah cara dan kaedahnya untuk mendaftar sebagai penerima vaksin?

Menurut soalan lazim yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ,terdapat 5 kaedah pendaftaran vaksinasi COVID-19 yang boleh anda lakukan iaitu :

  1. Pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera.
  2. Pendaftaran menerusi laman www.VaksinCovid.gov.my.
  3. Secara hotline (akan diumumkan kemudian)
  4. Pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam
  5. Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman

Bagi info dan maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan oleh JKJAV melalui 3 cara iaitu menggunakan panggilan telefon. SMS dan juga menerusi aplikasi MySejatera.

Harus diingatkan segala kaedah pendaftaran ini hanya akan dibuka bermula Mac ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut  dan terkini mengenai vaksin dan vaksinasi sila layari laman https://www.vaksincovid.gov.my/

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

12 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

25 mins ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

4 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

5 hours ago