Rentas Negeri Untuk Pelancongan Antara Negeri PKPP Dibenarkan Tapi Bersyarat

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerusi sidang media PKP memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik untuk negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Bakal berkuatkusa bermula esok, kelonggaran ini bagaimanapun bersyarat dan berpandukan SOP yang ketat.

1. Hanya menggunakan kenderaan pelancongan dan bukan kenderaan peribadi

“Antara syaratnya adalah perlu menggunakan perkhidmatan syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Pergerakan hanya menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, (dan) pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan,” kata Ismail.

2. Agensi pelancongan perlu dapat kebenaran PDRM sebelum rentas negeri

Namun menurut beliau setiap syarikat agensi pelancongan terlibat perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu bagi pergerakan rentas negeri.

3. Perjalanan mesti terus ke negeri PKPP lain

Tambah beliau lagi, kebenaran ini hanya tertakluk bagi kawasan negeri PKPP sahaja dan tidak melibatkan negeri PKP Bersyarat (PKPB).

“Pergerakan mestilah terus ke negeri-negeri PKPP. Sebagai contoh, Pahang PKPP ke Terengganu PKPP, terus ke negeri Terengganu.

“Ada negeri PKPP ke PKPP kena lalu negeri PKPB, kenderaan ini mesti meneruskan perjalanan ke negeri PKPP itu tanpa berhenti di kawasan PKPB.

“Sebagai contoh, dari Putrajaya (PKPP) nak ke Melaka (PKPP), lalu Negeri Sembilan (PKPB), jadi kenderaan terus ke negeri PKPP (Melaka) itu,” katanya lagi.

Jelas beliau, kerajanaa melarang pergerakan merentas negeri menggunakan kenderaan persendirian adalah kerana kekangan kawalan daripada pihak polis.

“Jadi sebab itulah kenderaan persendirian tidak dibenarkan, kerana mendapat nasihat daripada PDRM daripada segi kawalan, tapi kenderaan bas pelancongan boleh dipantau,” katanya.

4. Perlu laporkan lokasi penginapan & sebarang aktiviti pelancogan sewaktu memohon kebenaran

Selain itu mereka juga perlu melaporkan lokasi tempat penginapan serta aktiviti-aktiviti pelancongan yang dijalankan kepada pihak polis sewaktu permohonan dilakukan.

Difahamkan prosedur operasi standard (SOP) lengkap bagi kebenaran ini akan dimaklumkan melalui laman web MOTAC, namun carian kami mendapati ianya masih belum lagi dikemaskini setakat ini.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

9 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

10 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

11 hours ago