Pasangan Suami Isteri Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Didenda RM2,500 & Penjara 1 Hari

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pasangan suami isteri yang pernah tular di media sosial kerana melakukan rentas negeri untuk berbulan madu di Johor Bahru , hari ini telah dihukum dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu kepada pihak polis, bulan lalu.

Suami yang berusia 25 tahun dan isteri 23 tahun yang hadir mengenakan jubah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, 15 Mac lepas di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mahkamah dalam masa sama turut memerintahkan agar mereka dipenjara sebulan, sekiranya gagal membayar denda.

Menerusi laporan Sinar Harian, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam sewaktu prosiding telah merayu agar dijatuhi hukuman denda yang minima namun Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar pula memberi cadangan kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman penjara demi kepentingan awam.

Jelasnya, tertuduh pertama( isteri) sewaktu membuat instastory telah menggunakan perkataan yang tidak bersesuaian seperti ‘rayu polis’

“Sedangkan PKPB memberi kesan terhadap orang awam kerana tidak boleh merentas negeri.

“Walaupun kelonggaran diberi namun ia bukan untuk tujuan lain, maka saya mohon ia diambil serius oleh semua pihak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut,” katanya.

Terdahulu foto mereka mula tular  tular di media sosial selepas netizen berkongsikan paparan screenshot si isteri yang merentas negeri untuk bercuti di sebuah kawasan perangninan di Johor. Menerusi paparan screenshot tersebut dua juga cuba berkongsi tips kepada netizen bagaimana cara-cara untuk merentas negeri.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago