[Terkini] Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin Yassin Serta Merta – Zahid

UMNO hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta-merta.

Perkara tersebut dimaklumkan Presidennya Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi menerusi sidang media secara maya sebentar tadi.

Keputusan tersebut diambil tidak sampai sehari selepas pelantikan Ismail Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Dato Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Menurut Zahid, segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin sebelum ini gagal dilaksanakan.

Desak PM berundur secara terhormat

Tambahya Muhyiddin juga seharusnya berundur secara terhormat supaya PM baharu dapat dilantik bagi menggantikan Muhyiddin. Dia bagaimanapun tidak menamakan sebarang nama yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

“Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri DatoHaji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri DITARIK BALIK dan DITAMATKAN serta merta.

“Justeru, UMNO mendesak agar Tan Sri DatoHaji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad” jelas Zahid lagi.

Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung lebih 4 jam ini juga turut menegaskan tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM atau kerajaan ditunjangi oleh parti DAP dan PH.

“Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH ” katanya lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago