Myvi Putih Dihanyut Arus Deras Di Inanam, Sabah Ditemukan Awal Pagi Tadi [Video]

Sejak semalam tular di media sosial satu rakaman dashcam memperlihatkan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam selepas cubaannya meredah kawasan  banjir tidak menjadi.

Menerusi laporan media tempatan, terdapat dua mangsa  yang berada di dalam kereta tersebut namun tiada maklumat tepat mengenai keadaan kedua-duanya selepas kereta tersebut ‘hilang’ dari pandangan.

Terbaru pagi tadi, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah memaklumkan kereta tersebut berjaya ditemukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan orang awam pada sekitar 7.20 pagi  kira-kira 200 meter dari lokasi ia dilapor hanyut.

Video penemuan kereta tersebut turut dikongsikan portal Deasoka secara langsung menerusi Facebook mereka.

Identiti mangsa sudah dikenalpasti

Difahamkan, dua mangsa yang berada didalam kereta tersebut sudah pun dikenal pasti iaitu iatu pemandu kereta, Simon Sanga Tupe, 68  dan penumpang dikenali sebagai Juning Maturun, 37.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Lintas, Agustavia Joe Guasi sebelum itu berkata, mayat salah seorang dari mangsa masih berada di dalam kereta.

Mayat penumpang ditemui didalam kereta

Menerusi live tersebut, kereta berkenaan sudahpun berjaya di bawa keluar dan mangsa pertama iaitu Juning berjaya ditemui didalam kereta. Mayatnya kemudin telah diserahkan kepada pihak polis.

Namun anggota penyelamat ketika ini masih menjalakan operasi bagi mencari mangsa kedua.

“Sebaik sahaja kenderaan itu berjaya dibawa keluar, kita menemukan seorang penumpang lelaki, Juning Maturun,37, yang berasal dari Kampung Kionsom lama.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu, Simon Sanga Tupe, 68, masih belum ditemukan. Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua diteruskan,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 hours ago