10 Maut Termasuk 8 Kanak-Kanak Dalam Kemalangan Babit 4 Kenderaan

10 individu maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada lewat malam tadi.

Mangsa maut terdiri daripada lapan kanak-kanak iaitu lima lelaki, tiga perempuan dan masing-masing satu lelaki serta perempuan dewasa.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam.

Jelasnya kemalangan tersebut membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Foto : Bomba Selangor Via Bernama

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta dengan bantuan enam anggota dari BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 17 mangsa terbabit dalam kemalangan ini membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler,” kata Norazam.

Foto : Bomba Selangor Via Bernama

Sebaik tiba di lokasi, bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis.

“Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya lagi.

9 mangsa dari keluarga yang sama

Dalam pada itu, wartawan TV3 melaporkan, 9 mangsa adalah dari keluarga yang sama iaitu seorang ibu bersama 8 anaknya.

Menerusi laporan Harian Metro sekeluarga yang maut ialah si ibu, Norul Naziah Buyong, 37, bersama 8 anaknya iaitu :

  1. Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17
  2. Razatul Aliah, 16;
  3. Puteri Hidayah, 12
  4. Muhamad Aizat Syazwan, 10
  5. Muhamad Rolkaizat Rezky, 9
  6. Muhamad Hidayat Hakimie, 7
  7. Puteri Nur Ain Syalwana, 3
  8. Muhamad Raid Fathi, 10 bulan.

Selain keluarga ini, seorang lagi mangsa, Muhamad Rahimi Rolex, 27 turut maut dalam insiden tersebut.

Manakala suami Norul Naziah iaitu Abd Razak Majit, 50, dilaporkan terselamat manakala tiga lagi mangsa kemalangan hanya mengalami kecederaan.

Kenderaan rosak tepi jalan akibat banjir

Kenderaan Proton Wira dinaiki keluarga ini difahamkan rosak di tepi jalan selepas dimasuki air akibat banjir.

 Mereka semua dalam perjalanan pulang ke rumah daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka.

Foto : TV3 / Ing Boon Seng / Bernama

Recent Posts

  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

5 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 hour ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago