TMJ Tunai Hasrat Adik Adam Amsyar Untuk Berkunjung Ke Legoland

Kisah mengenai adik Mohd Adam Amsyar Abdul Rahman yang menghidap penyakit jantung terbalik atau ‘Mitral Valve Atresia’, nyata menyentuh hati orang ramai selepas disiarkan media.

Si kecil berusia 9 tahun yang menetap bersama bapanya, Abd Rahman Ahmad di Kampung Parit Haji Ahmad, Johor menyimpan hajat untuk berkunjung ke taman tema Legoland sebelum akhir hayatnya.

“Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya, dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya.

“Kalau tak pergi Legoland pun tak apa, sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya,” katanya.

Tidak lama kemudiannya pihak pengurusan Legoland tampil menawarkan diri untuk membantu menunaikan hajat Adam sekeluarga untuk ke sana.

Foto : Berita Harian

Artikel berkaitan di sini : Legoland Tunaikan Hajat Pesakit Jantung Ke Taman Tema

Namun siapa sangka, kisah adik Adam turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan akan memenuhi hasrat adik Adam untuk ke Legoland.

Turut berkenan tanggung kos perubatannya

Bukan itu sahaja, baginda turut berkenan berjumpa dengan kanak-kanak itu selain menanggung kos perubatannya.

“Saya telah menitahkan Setiausaha saya dan Pegawai Daerah Pontian untuk memenuhi hasrat adik Adam dan keluarganya untuk melawat Legoland.

“Saya juga akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan lawatan ini dan juga perubatan adik Adam.

“Diharapkan ini dapat membawa sedikit keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Alhamdulillah kita jumpa nanti.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail sebelum itu telah memuat naik paparan tangkap layar artikel Berita Harian berjudul “Teringin ke Legoland sebelum berakhir hayat” berserta perbualan Whatsapp baginda bersama seseorang dipercayai pegawai istana baginda.

Foto kredit: Berita Harian

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

7 mins ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

24 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago