Remaja Tular Dimandikan Seperti Jenazah Dipenjara 10 Hari & Denda RM4,000

Semalam kami ada melaporkan mengenai satu video tular memperlihatkan seorang remaja lelaki ‘dihukum’ dengan dimandikan seperti jenazah gara-gara ditangkap mencuri tabung di sebuah masjid.

Penularan video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai sekaligus menimbulkan perdebatan di kalangan pengguna media sosial apabila ada yang bersetuju dengan hukuman yang dikenakan manakala sebilangan lagi mengkritik kerana kariah masjid itu dilihat mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang.

Tindakan sendiri yang diambil jemaah dikritik PU Syed

Tindakan jemaah masjid tersebut turut mendapat kritikan pendakwah bebas PU Syed yang menyifatkan ianya adalah tidak wajar seolah-olah menggambarkan Islam membenarkan penganutnya berlaku zalim.

Baca artikel berkaitan :

Kantoi Curi Tabung Masjid, Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Oleh Jemaah [Video]

PU Syed Kritik Tindakan Rakam & Mandikan Remaja Seperti Jenazah Selepas Kantoi Curi Tabung Masjid

Terbaharu, Mahkamah Majistret Selayang pada petang Khamis telah pun menjatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja berkenaan.

Tertuduh, Daniel Iskandar, 19 yang juga penganggur dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, lapor Sinar Harian.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara 10 hari itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 Januari (Ahad) lalu.

Tambahan penjara 5 bulan jika gagal bayar denda

Namun sekiranya gagal membayar denda RM4,000 itu, dia bakal dikenakan hukuman penjara tambahan selama lima bulan.

Majistret Nik Mohd Fadli sebelum menjatuhi hukuman turut menegur perbuatan tertuduh dan menegaskan bahawa mencuri adalah satu kesalahan.

Nik Mohd Fadli dalam masa berharap tertuduh akan menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran.

“Tahu apa salah awak? Duit orang bagi (dalam tabung) untuk masyarakat dan pembangunan masjid. Awak curi dan letak dalam bilik jenazah pula. Harap benda ini jadi pengajaran dan kesedaran pada awak,” kata majistret itu.

Cuba curi duit dan letak dalam bilik jenazah

Mengikut kertas pertuduhan, pemuda ini didakwa cuba mencuri tabung milik Masjid Al Islahiah, di Kilometer 28 Kuang, Rawang dengan mengheret dan menyembunyikannya dalam bilik mandi jenazah.

Kesalahan itu dilakukan pemuda ini pada pukul 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Menerusi lapora Utusan, tertuduh diwakili peguam Azman Abdullah yang bertindak secara suka rela telah memohon agar dia dikenakan hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal bagaimanapun memohon agar pesalah dikenakan hukuman yang setimpal demi mengambil kira faktor kepentingan awam selain mencegah daripada orang lain melakukan kesalahan serupa.

Foto header : Utusan/Media sosial



Recent Posts

  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 mins ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

16 mins ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

42 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

49 mins ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

1 hour ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

2 hours ago