Tular Video Kes Dera, Polis Sahkan Pengasuh Sudah Lama Ditahan

Beberapa hari lalu tular di media sosial beberapa klip memperlihatkan aksi tidak berperikemanusian seorang pengasuh yang mendera dua anak jagaannya.

Isu ini mencuri perhatian netizen yang mahukan si pelaku segera disiasat dan dikenakan tindakan.

Baca artikel berkaitan : Tular Video Pengasuh Dera Dua Anak Jagaan, Netizen Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan, Polis Pulau Pinang sebenarnya sudah mengambil tindakan terhadap wanita berusia 53 tahun itu.

Wanita berkenaan yang merupakan seorang warga asing sudah ditahan pada 8 Disember 2021 sebaik polis menerima laporan.

Mengulas lanjut beliau berkata, insiden itu sebenarnya berlaku pada 2 Disember di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor dan suspek ketika ini sedang ditahan reman di Penjara Seberang Perai, Jawi.

Bakal didakwa dalam masa terdekat

Malah polis juga sedang menunggu kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah dalam masa terdekat. Ini sekaligus menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengasuh berkenaan.

“Pada 16 Mac 2022, setelah meneliti laporan perubatan dan keterangan yang ada, Pejabat Pendakwaraya Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan supaya suspek turut dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Pulau Pinang dalam masa terdekat.

“Suspek masih ditahan di Penjara Jawi, saya seru orang ramai supaya semak sebelum sebar dimana-mana medium kerana tindakan tidak semak jika ianya tidak tepat timbulkan susah sedangkan tindakan serta-merta dibuat. Kita sudah ambil tindakan sewajarnya pada masa itu,” katanya.

Menurut Soffian lagi, selain disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001, wanita itu turut disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Pada 27 Disember 2021, suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown Pulau Pinang di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan dijatuhi hukuman penjara (3) bulan,” kata beliau dalam kenyataan itu lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

25 mins ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

39 mins ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

1 hour ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

2 hours ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

3 hours ago