Upah Tak Sampai RM50! Wanita Hantar Petrol Ke Pangkalan Haram Ditahan Pihak Berkuasa

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila terdapat segelintir pengunjung dari negara jiran yang mengambil kesempatan untuk mengisi minyak subsidi RON95 yang ternyata harganya jauh lebih murah berbanding di negara mereka.

Tindakan itu bagaimanapun telah mengundang kemarahan orang ramai sehingga kerajaan mengambil tindakan untuk memantau stesen minyak agar tidak menjual RON95 kepada warga Singapura.

Baca artikel berkaitan : Harga RON95 Di Singapura RM9.32 Seliter

Terbaharu, dek kerana mahukan upah yang ditawarkan sebanyak RM30 hingga RM50, seorang wanita di Kelantan rela menjadi penghantar minyak petrol ke pangkalan haram berhampiran Sungai Golok.

Suspek menjalankan operasi ini dengan mengisi sejumlah bahan api ke dalam tong daripada beberapa stesen minyak untuk mengelakkan kegiatannya itu dihidu oleh pemilik premis atau pihak berkuasa sebelum membawa bahan kawalan itu ke mana-mana pangkalan haram di daerah Tumpat, Kelantan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangang Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, bagaimanapun kegiatan wanita itu berjaya dibongkar selepas dia ditahan di Kampung Kubang Sawa, jam 10 pagi.

Menurut Azanizam, dalam penugasan yang dilakukan bersama anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) itu, mereka telah mengesan suspek yang berusia 40-an itu melakukan pengisian minyak berulang kali di beberapa stesen minyak di sekitar Tumpat.

Pihak berkuasa mengekori kenderaan suspek selepas kelihatan mencurigakan

Foto: FB KPDNHEP Kelantan

“Curiga dengan tindakan wanita berkenaan, kita mengekori kereta Proton Iswara yang dipandu sebelum menahannya di Kampung Kubang Sawa.

“Pemeriksaan dalam kenderaan itu menjumpai tiga tong berisi petrol berjumlah 230 liter dengan nilai anggaran RM471.50 yang disyaki untuk seludup ke negara jiran,” jelasnya dalam kenyataan media semalam (5 April).

Tambahnya, menerusi siasatan awal suspek didapati telah mengaku membeli minyak petrol berulang kali di beberapa stesen minyak yang bermula dari stesen minyak di Chabang Empat ke Pasir Pekan dan ada kalanya membeli petrol hingga ke Kota Bharu.

Semua barang dirampas dan suspek turut ditahan

Azanizam turut memaklumkan wanita tersebut akan menghantar petrol yang telah berjaya diisi kemana-mana pangkalan haram di sekitar daerah berkenaan untuk diseludup masuk menerusi Sungai Golok dan kadar upahnya adalah bergantung kepada jarak.

“Semua barangan dirampas termasuk wanita yang ditahan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan secara berterusan.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki terdapat aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil,” jelasnya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

3 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago